بسم الله الرحمن الرحيمThe name of Allah , Most Gracious , Most Merciful

Thursday 28 March 2013

ENGKAU PEMUDA UMI :')


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Alhamdulillah , masih diberikan nyawa hari ini . Thanks Allah ! :D Haifa haluka/haluki ya akhi wa ukhti ? Fiqa harap semuanya sihat belaka lah yee ;) Alhamdulillah , fiqa masih diberi kesempatan untuk update blog hari ni . Rasanya boleh tahan lama jugak lah kan fiqa tak update blog , betul tak ? Mesti korang rindu fiqa punya ! Hahaks :P Macam nak muntah je rasa kan ? Tau dahh . Sedih kay sedih :( Okay dah lah tu merajuk . Bukannya ada yang nak pujuk pun kan . Hari ni niat fiqa nak berpuitis walau tak berapa nak piutis sikit boleh ? Fiqa nak nukilkan sebuah sajak buat seorang sahabat fiqa . Nama dia Amin Syazwan bin Hasan . Jadi kalau rasa yang entry fiqa kali ni macam 'terpanjang' sikit ke , maaf lah yee ;) Haa apa tunggu lagi , jom mulakan ! :D
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam siaga menempuh imtihan ,
Yang kau rasa penting bagi citamu ,
Dalam tiada kau sangka ,
Allah mengutus sebuah ujian bagimu ,
Pingin ketahui ,
Apakah kau cukup kuat menempuhi ?
Adakah kau masih mapan berdiri ,
Atau sudah tersembam engkau ke bumi Ilahi ?


Ujian diutus buatmu ,
Melalui seseorang yang paling dikau kasihi ,
Yang paling teristimewa dihati ,
Iaitu melalui umi .


Terasa bagai semua berlaku ,
Hanya dengan sekelip mata ,
Engkau merasa ujian ditimpa bagai tiada belasnya ,
Sehingga tiada termampu engkau menelan rasa pahitnya .
Terasa sakit mencengkam nubari ,
Pabila diutus khabar buruk buatmu ,
Yang katanya umimu , umimu ,
Kehilangan memorinya ,
Siapa kamu , semua tentangmu ,
Tentang hidupnya , tiada ditahu .

Setelah diutus sebuah ujian bagimu ,
Diturunkan lagi ujian buatmu ,
Sehingga engkau merasa ,
Tiadanya henti ujian menimpa .
Dirimu hampir dibuang dari sekolah ,
Tempat dimana kau teroka segala macam perkara ,
Dari awal hingga akhirnya ,
Tetapi dirimu menempuh dengan penuh keredhaan serta keikhlasan .

Umimu kau jaga dengan penuh kasih ,
Dicurahkan perhatian sepenuh hati ,
Teliti kau urus serta menjaga ,
Tiada kau kisah apapun ragamnya ,
Dicuci najisnya tiada kau keluh ,
Dijaga bersihnya tiada kau lupa ,
Makan dan minumnya tiada kau resah ,
Walau dikala itu ,
Kau seorang pendamba ilmu .

Pabila kau berada di tingkatan lima ,
Imtihan yang penting sudah mahu bermula ,
Restu dan doa kau pinta dari umimu ,
Tapi tiada kata terucap melainkan satu ,
Mutiara jernih yang membasahi pipi ,
Menjadi tatapan dirimu ,
Tanda restu dan doa telah mengiringi langkahmu ,
Serta orakan yang wujud dalam jihadmu .

Sehingga ke detik ini ,
Engkau masih mengulangi tanpa ada jemu ,
Seperti sudah sebati dalam darahmu ,
Tentang kewajipanmu terhadap umimu .

Ujian kau tempuh bagai tiada apa ,
Walau pada awalnya kau rasa tiada terdaya ,
Namun ,
Kerna kau redha sehingga terbit ikhlas di sukma ,
Semua terasa manis di sepanjang masa .

Tiada ku dengar keluh-kesahmu ,
Tiada ku dengar akan sesalmu ,
Tiada ku tahu tentang resah gundahmu ,
Melainkan hanya satu yang aku fahami ,
Yang aku mengerti ,
Betapa redha dan ikhlasnya hati ,
Wahai pemuda umi .

Sungguh berat ujianmu akhi ,
Sehingga ia mencermin budi ,
Betapa mulianya hati seorang insani ,
Tidak mengapa , syurga menantimu ,
Redha Allah bersama kamu ,
Kerna taatmu pada umimu ,
Sehingga kau sanggup korbankan masa hadapanmu ,
Walau kau yakin cerah menantimu ,
Kerna bagimu umimu di carta satu .

Syukurlah , rezeki Allah tiada pernah sombong denganmu ,
Dibukanya jalan buatmu , dimudahkan segala cara bagimu ,
Kini ,
Langkahmu terus berorak , walau payah terasa .

Saham ukhrawi tiada pernah kau lupai ,
Usrah kau anjur bagi mengenal Ilahi ,
Sungguh mulianya hatimu insani ,
Moga membantumu di alam hakiki .

Punya seperkara pingin dibilangi ,
Bahawa diri ini cukup menyanjungi ,
Sungguh kagumnya diri ,
Pada dirimu wahai akhi ,
Tiadanya perlu untuk ku sembunyi lagi .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay , DONE ! :) Fiqa tahu sajak fiqa takdelah puitis mana pun , at least fiqa punya usaha untuk buat . Dan bagi saudara Amin , moga sajak yang tak berapa puitis ni menyenangkan hati . Mohon maaf lah yee jika sajak ini mungkin ada sebahagian yang tidak kena dengan realitinya . Maaf sekali lagi . Dan buat sekalian pembaca yang tak berapa nak baca sangat , al maklumlah kan panjang bebeno . TERIMA KASIH sekalung budi kerana sudi meluangkan masa untuk menyinggah sambil minum kopi di sini :D Lain kali , mai lah lagi naaaa ;) Fiqa minta izin untuk undur diri dulu yee . Kita jumpa di lain entry pula kay , Assalamualaikum wrt wbt :D

5 comments:

  1. salam,
    Tahniah kerana menjadi remaja yg prihatin dgn masalah sahabat baik anda. Anda juga tlh bersuah payah menghasilkan sajak ini smata2 kerana kagum dgn keperibadiannya. Semoga usaha kecil ini akan mengembirakannya dan diberkati Allah.
    nak betulkan sikit bahasa arab tuh......kalo tak silap "akhi dan ukhti..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam wrt wbt ya ukhti :)
      Syukran :) Dalam hidup ni , mesti saling prihatin , saling mendengar dan membantu . Semangat jangan lupa utk dihulurkan . Sajak yang tak seberapa pun sebenarnya . Sajak ini pun terhasil kerana terlintas di fikiran , mungkin boleh menjadi tauladan :) InshaaAllah , Aamiin :') Oh , syukran kerana cakna akan bahasa arab ana . Almaklumlah , baru bertatih . Hehe ;) Syukran jazilan ye dan jzkk kerana sudi singgah sini :D Lain kali mai lagi tauu , eh ? :P

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. cantik blog, dan entrinya. ^_^

    ReplyDelete