بسم الله الرحمن الرحيمThe name of Allah , Most Gracious , Most Merciful

Tuesday 25 December 2012

8 Amalan Murah Rezeki

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
 
 

Khaifa khaluka/khaluki ? Fiqa harap semoga semua stalker sihat harapnya :) Alhamdulillah kerana Allah masih berikan kita peluang untuk melihat dunia hari ini . Alhamdulillah , alhamdulillah . Semoga peluang yang diberikan hari ini dimanfaatkan dengan sebaiknya . Mari kita sama-sama menadah tangan memanjatkan seluruh kesyukuran kepada Yang Esa untuk peluang ini :') Okay , hari ni fiqa nak buat entry berkenaan " 8 Amalan Murah Rezeki " . Pasti semua orang inginkan kemurahan rezeki , betul tak ? Dan pastinya kita juga inginkan rezeki yang dicari halal dan diredhai oleh Allah swt bukan ? Jadi , mungkin anda semua boleh amalkan 8 amalan ini . InshaaAllah , Dia akan permudahkan jalan buat kita untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia akhirat . Antara amalannya adalah :


۞ Beribadah
- Rajinkanlah diri untuk sentiasa beribadah kepadaNya . Mohonlah hanya kepada Dia , tiada yang lain . Yakinlah bahawa Allah tidak akan dan tidak akan pernah mensia-siakan pengabdian diri hambaNya , sama seperti firmanNya dalam hadis qudsi :
" Wahai anak Adam , sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu . Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu ." ( HR Ahmad , Tirmizi , Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a )
۞ Banyakkan Beristighfar
- Banyakkanlah beristighfar sebagai mengakui dosa-dosa yang telah dilakukan . Apa itu istighfar ? Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Maha Pencipta . InshaaAllah , mana tahu kalau kita rajin beristighfar Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Allah berkenan untuk melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya , kan ? Sabda Rasulullah saw :


" Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya , menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka ." ( HR Ahmad , Abu Daud , an-Nasa'i , Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a )
-  Bukan sekadar boleh murah rezeki , dosa kita juga boleh diampunkan jika mengamalkan istighfar yang dekat atas tu .
Nabi saw bersabda , sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ  ' Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih ' , nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang ." (HR At Tirmizi , hadis no : 3577)


 
 ۞ Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa
- Dalam hadis riwayat Imam Ahmad , Rasulullah saw berpesan barang siapa inginkan kepanjangan umur dan ditambah rezekinya , hendaklah dia berbuat bakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan . Baginda saw juga bersabda :
" Siapa yang berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya ." ( HR Abu Ya'ala , at-Tabrani , al-Asybahani dan al-Hakim )
 
 - Dan ini adalah doa buat kedua orang tua kita :

 
 
۞ Tinggalkan perbuatan dosa
- Tahukah anda bahawa istighfar anda tak akan pernah laku di sisi Allah swt jika masih dan terus berbuat dosa . Dosa yang dilakukan itu bukan sahaja membuat hati resah gelisah tak tentu arah malah ia juga akan menutup segala pintu rezeki . Sabda Nabi saw :

" Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya ." ( HR at-Tarmizi )
۞ Tunaikan hajat orang lain
- Menunaikan hajat orang menjadi salah satu sebab Allah swt melapangkan rezeki seseorang itu dalam bentuk tertunainya hajat sendiri , seperti sabda Rasulullah saw :
" Siapa yang menunaikan hajat saudaranya , maka Allah akan menunaikan hajatnya ...." ( HR Muslim )
۞ Berpagi-pagi
- Menurut Rasulullah saw , berpagi-pagi adalah amalan yang berkat . Tapi apa itu berpagi-pagi fiqa ? Berpagi-pagi bererti memulakan segala aktiviti harian sebaik-baik selesainya solat Subuh . Ada faham ? ;)

۞ Menjalin silaturahim
- Rasulullah saw ada bersabda :
" Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya , maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya ." ( HR Bukhari )
 
 ۞ Amal kekal berwuduk
- Okay untuk ni ada kisah sikit . Pada suatu hari , ada seorang Arab desa datang menemui Rasulullah saw dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuklah mahu dimurahkan rezeki oleh Allah swt . Baginda saw bersabda :
 " Sentiasalah berada dalam keadaan bersih ( daripada hadas ) nescaya Allah swt akan memurahkan rezeki ." ( Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid )
 
 Maaflah yee entry fiqa kali ni agak panjang sikit . Hehe ;) Semoga apa yang fiqa kongsikan di sini mampu memberi manfaat kepada yang membaca . Jika niat kita ingin mencari rezeki yang halal dan diredhai di sisiNya , inshaaAllah Dia akan bantu . Jadikan amalan yang ada dekat atas sebagai salah satu jalan untuk mendapat kemurahan rezeki . Moga Allah redha atas usaha anda ! :') Fiqa minta diri dululah ye . Jumpa lagi di entry yang lain pula . Assalamualaikum , ma'as salamah :D *lambai tangan

Saturday 3 November 2012

Fighting ! :D


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Olla bloganistaa ! Rindu fiqa tak ? Rindu tak ? Rindu tak ? Cakap rindu aku cepat ! Haha apelah kau fiqa xD Lahai , lamanya lahh fiqa tak jumpa and check-it-out with korang kann , rindu korang yoopp ! Korang , korang .. hari nihh fiqa nak buat entry pasal Fighting ! Mesti korang akan cakap macam nihh kan ' Fiqa , kau nak pegi perang ke apa ? Dekat mana ? Palestin , Syria atau dekat mana weyy ? ' Whooa sabar , sabar . Orang bukan nak pegi perang sampai syria , palestin atau dekat mana punnn lahh . Perang di medan ilmu . Perang SPM ! Awesome kann ? Tapi chopp , korang mesti tertanya-tanya macam nihh .

Korang : Deyy fiqa ( tiru gaya ' Dey Raju ' ) , kau tuhh budak PMR lahh bukan SPM punn . Yang nak pegi ikut diorang amik SPM tuhh bak poo ?

Haha , chillax broo . Saja je punn ... Haa meh sini fiqa nak kobar , sobonaei fiqa nak buek entry yang cito pasai bebudak yang amik SPM taun nihh lahh . Korang tahu kann , minggu depan diorang akan amik SPM . Huishh , mesti diorang takut , nervous dan macam-macam lagi kann . Tapi , sabar and bertenang . Buat solat hajat and solat taubat bebanyak then doa supaya Allah permudahkan segala urusan waktu jawab tuhh . Kalau terlupa atau papepun , istighfar banyak-banyak . Tarik nafas sedalam yang mampu and calm yourself . Insyaallah ini akan membantu . Habis paper , jangan bincang ! Tapi fiqa lepas habis paper pun bincang jugak , siap selak buku lagi xD . Jadi jangan ikut cara fiqa nihh , sebab nihh akan buat korang runsing and dah tak focus untuk paper lepastuh ! Lupakan paper lepas and focus on the next paper pulak , buat discussion sikit ke , ingat formula balik kee atau apapun lahh . Then sebelum masuk dewan tuhh bacalah surah al-Fatihah and doalah minta semoga soalan senang ke senang nak jawab kee . Baca basmalah ( bismillahirahmanirahim ) and masuk kaki kanan dulu tau . Habis SPM , teruskan berdoa untuk dapat keputusan yang cemerlang and berserah je padaNya . Pastikan istiqamah . Sebab berusaha sudah , sekarang tinggal bertawakal , berserah dan berharap agar segalanya baik . Bismillahitawakkaltualallah :')

Fiqa tak berani nak cakap lebih-lebih , jadi nih jelah yang mampu fiqa bagi dekat korang . Semoga bermanfaat :) Fiqa hanya mampu mendoakan semoga korang dapat jawab dengan tepat dan dapat keputusan yang cemerlang ! :D Tapi sebelum diri ini mengundurkan diri , inginku petik kata-kata daripada choral speaking pelajar tingkatan 3 RK 1 , SMK Seri Gading iaitu SPM candidates , fighting ! SPM candidates , SELAMAT BERJUANG and MAN JADDA WA JADDA ! Allahu Akbar ! :D



Sunday 9 September 2012

Hidupku :)


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



Hai bloganistaa sekalian , lama sungguhlah kann fiqa dah tak buat entry dekat blog fiqa nihh . Fiqa rasa , blog  fiqa dah bersarang dahh .. bukan setakat sarang labah-labah jee yang ada , sarang burung pun agaknya dah wujud dahh , haha :D Okayy , kali nihh fiqa nak buat entry tentang hidup fiqa sendiri . Fiqa ada kehidupan fiqa sendiri , mempunyai sebuah keluarga dan adik-beradik yang sayangkan fiqa , sahabat yang selalu ada untuk fiqa apabila fiqa memerlukan , fiqa ada impian , angan-angan dan harapan yang perlu fiqa kejar dan fiqa mempunyai idola fiqa sendiri untuk fiqa jadikan sebagai sumber inspirasi dan pembakar semangat buat fiqa untuk mengejar kejayaan di dalam kehidupan fiqa . Sebenarnya , kehidupan fiqa sama macam orang lain . Punya kekurangan dan kelebihan tersendiri , cara dan gaya tersendiri yang mungkin tiada pada keluarga lain . Okayy , fiqa dah taknak melalut jauh lagi dahh . Jadi CIK FIQA oii , please straight to the point bolehh ? xD

Moh leh kita pergi kepada keluarga fiqa dulu okayy . Fiqa mempunyai sebuah keluarga yang simple dan best , tapi mungkin best buat fiqa jee tak best pada orang lain punn . Yaaah , Different people different perceptions . But for me , walau macamana pun keluarga kita , they still our family and from darah daging kita sendiri . Hidup di dalam sebuah institusi kekeluargaan tak perlu ada sifat benci dan iri hati tetapi kita perlulah menanam sifat saling menyayangi antara satu dengan lain . Okayy , first is my Ayah . He is a responsible , funny , awesome and dedicate man . He just an ordinary man but yaa , I have to admit that i'm proud to have him as my father . Ayah dah berjaya menjadi seorang ayah yang baik dan seorang ketua keluarga yang terbaik . Ayah dah mendidik fiqa dan adik-adik untuk menjadi yang terbaik , to be success Muslim in life , inshaaAllah and berjaya dalam mengejar cita-cita , aminn :) Ayah , I just wanna you to know that I love you so much and i'm so grateful to have you as my father ❤  Second is my Ibu . She is such a wonderful woman . Ibu merupakan ibu yang sangat baik , sayangkan fiqa dan seorang yang penyabar dalam menghadapi kerenah fiqa :) And yaa , I have to admit that I'm quite naughty and keras kepala . Tapi ibu mampu hadapi semua tuhh . Tuhh yang buatkan fiqa terlebih sayangkan Ibu ❤  Adik-beradik fiqa memang boleh buat fiqa gilee , marah dan macam-macam lagi . Tapi disebalik semua tuhh terselit senyuman dan kebahagiaan di dalam hati kerana adanya mereka di dalam hidup fiqa . Perangai yang nakal , degil , keras kepala , annoying dan lain-lain agak menyakitkan hati . Tapi yelahh kan diorang still bebudak lagi , so normal lahh kalau diorang behave like that , ye dakk ?

KAMI ! ❤ 
Setiap manusia perlukan teman di dalam hidupnya . Sama macam fiqa . Fiqa perlukan seorang teman atau lebih tepat ' sahabat ' untuk berada di sisi fiqa sewaktu jatuh dan bangkitnya fiqa . Fiqa mengenali sahabat fiqa dengan satu cara yang tak terduga . Kira macam hadir tanpa dipinta lahh ~ Tapi daripada situ jugalah bermulanya titik tolak perkenalan kami . Kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat hingga terbinanya sebuah jalinan ukhuwah . Kami sudah mengenali antara satu sama lain hampir 3 tahun . Fiqa rasa sangat bersyukur kerana daripada mereka , fiqa dapat mengenali dan memahami erti indah sebuah ikatan persahabatan . Mereka mempunyai cara dan gaya yang tersendiri , kelebihan dan kelemahan mereka sendiri dan yang paling penting mereka senang untuk menjadi diri sendiri . Itu yang telah membuatkan fiqa rasa selesa dan senang untuk berkawan dan rapat dengan mereka . Fiqa terima seadanya mereka kerana tiada seorang pun manusia di bumi Allah ini yang sempurna sifatnya dan pasti ada kekurangan di mana-mana . Wajah tidak menjadi ukuran , tetapi keikhlasan dan yang paling penting sekali niat dalam menjalinkan sebuah ukhuwah kerana Allah s.w.t . 

Nursaida Sakinah , 15 :)
Nurul Fahana , 15 :)

Semoga ukhuwah yang terbina kekal hingga ke syurgaNya , Amin InshaaAllah ❤ 

Sedara aka cousin fiqa memang gilee . Bile jumpa jee dengan diorang , mesti ada jee yang nak diborakkan . Yang sedih , happy , yang mengarut dan mencarut pun ade jugak , haha :D Diorang nihh pandai buat keadaan sekeliling jadi gamat dan riuh yang amat . Kalau boleh nak jee kasi satu dunia dengar kemeriahan dan kegamatannya jee kann :P Tapi itu yang bestnya . Kalau memasing senyap jee pun tak best jugak , betul takk ? Okayy lahh , fiqa pun dah tak tau nak cakap apa lagi dah pasal diorang nihh . Apa-apa kes pun tengok jelahh gambar dekat bawah nihh . Sila scroll down ! xD

Aqilah Yamin , 17 :)
Sheikha Rodiah Tamimi , 14 :)
SAYANG MEREKA ! ❤ 
Setiap manusia ada impian , harapan , angan-angan dan cita-cita yang ingin dikejar . Fiqa pun ada semua tuhh . Kalau tanya fiqa , fiqa rasa hampir seribu satu benda yang fiqa idam dalam dunia nihh ( seribu satu sangatlahh kan :P ) Kalau ditanya tentang cita-cita fiqa , fiqa cuma ada satu je cita-cita yang fiqa nak kejar . Bila dah besar nanti , fiqa nak jadi seorang doktor aka SURGEON ( style omputih cakap cenggitu ) yang berjaya satu hari nanti , inshaaAllah :) Kalau impian , harapan dan angan-angan pulak , fiqa nak jadi seorang muslimah yang baik dan solehah , hamba yang taat akan perintahNya , anak yang baik buat kedua ibu bapa fiqa , inshaaAllah  :') Yang lain pulak , fiqa nak dapatkan keputusan 8A yang cemerlang dalam PMR nanti , Aminn Ya Rabbal Alamin .

Dr.Shafiqah , insyaallah :')
Di dalam mengejar kejayaan pasti ada idola untuk dijadikan sebagai inspirasi dan pembakar semangat atau dikenali sebagai ' idola ' , bukan ? Sama juga seperti fiqa . Fiqa ada beberapa orang idola yang fiqa jadikan sebagai inspirasi dalam mengejar apa yang fiqa inginkan . Nak tau siapakah idola fiqa ? Mari scroll down yoow !

1) Fatin Liyana Asri
-Sebut je nama nihh , pasti anda kenal kann ? Alahh blogger , model muslimah terkenal dan dia doctor-to-be tuhh ! Kenapa fiqa pilih dia sebagai idola fiqa ? Fiqa pilih dia sebagai idola fiqa dalam bidang perubatan kerana dia seorang yang pandai aka genius dan pandai membahagikan masa di antara seorang model muslimah dan blogger walaupun dia adalah seorang medical students . So , itu yang buat fiqa kagum dan pilih sebagai salah seorang idola fiqa .

Fatin Liyana Asri , 23 :)

2) Nur Dianah Kamarul Bahrin
-Siapa kenal diaa , angkat tangan tetinggi ! Okayy , reason kenapa fiqa ambil dia sebagai one of my idol sebab dia seorang wanita muslimah dan solehah yang fiqa rasa fiqa boleh ikut rentak dan cara dia berpakaian dan sebagainya . And yaa , I'm proud of her because dalam umur dia yang masih muda , dia telah pun berkahwin , bakal menjadi seorang umi tak lama lagi dan seorang yang pandai berfesyen tetapi masih menutup aurat secara keseluruhan . Pernah tak tengok video dekat YouTube yang tajuknya 'I've been proposed ' and ' Fairytales do come true ; Love story begins ' . Seriously , fiqa rasa video nihh antara yang paling sweet di antara yang sweet . Fiqa jadikan dia sebagai idola untuk fiqa jadi seperti dia satu hari nanti , inshaaAllah :')

Nih blog Kak Dena  --> Dena Bahrin  :) Selamat ber-blogwalking !

Nur Dianah Kamarul Bahrin , 20 :)

Okayylahh , fiqa stop dekat sini dulu lahh yee . Dah banyak sangat dah fiqa tulis dekat sini nihh . Takut hangpa semua dahh naik bosan plus jelak dahh . Jadi sebelum diri ini diundur dengan sendirinya , mohon diampun seluas langit kalau apa-apa yang fiqa tulis dekat sini ada yang tak kena kee atau terover atau apapun lahh , mohon diampun seikhlas hati lahh yee . Assalamualaikum w.b.t :) I will miss you guyss xP #muntah pelangi



Wednesday 30 May 2012

Rahsia Kekal Cantik dan Sihat Cara Islam


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Kali nihh , fiqa buat entry tentang kecantikan pulak . Mesti korang tau kann , kalau cantik jee mesti perempuan terutama sekali para gadis macam fiqa . Namun begitu , ternyata Islam nihh memang indah . Ada beberapa cara  yang boleh korang semua aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk kekal cantik dan sihat buat korang semua tanpa perlu korang keluar sesen punn , dan yang paling penting cara nihh masih mengikut cara Islam . Nak tauu ? meh lehh tinjau bawah sikitt  :)

  • Cuci wajah 5 kali sehari - agar wajah korang segar selalu , berseri - seri plus cantik menawan , cucilah wajah dengan air wuduk sekurang - kurangnya 5 kali sehari. Air wuduk tersebut jangan dilap , sebaliknya dibiarkan kering sendiri . Kemudian , ambil sejadah , tunaikan solat , berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat dan kesihatan diri .
  • Bersenam elakkan stress - untuk hilangkan stress dan tekanan yang melanda fikiran korang , korang boleh bersenam . Caranya dengan bersolat . Ketika korang bersolat , korang akan menggerakkan seluruh anggota tubuh . Dan , inilah sebaik - baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat Islam .
  • Rahsia bibir cantik - korang nak bibir yang cantik , mungil plus berseri takk ? Tak perlu oleskan lipstik ataupun lipgloss bagai tuhh , sebaliknya korang hanya perlu bisikkan kalimah - kalimah Allah s.w.t , tidak berbohong atau menyakiti orang lain , dan juga tidak sombong dan takabbur .
  • Dikenali dan disayangi - agar diri korang lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan , ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di kelas , di kuliah , di pejabat ataupun sebarang majlis . Selain memanjangkan ikatan silaturahim sesama Islam , korang juga dapat meluaskan persahabatan . Melalui cara nihh , korang akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang . Taknak kee ?
  • Tubuh langsing jadi idaman - korang mesti nak tubuh yang langsingkan ? Untuk mendapatkan tubuh langsing dan kulit yang licin , korang takk payah lahh nak ambil pil kurus atau pil diet bagai . Sebaliknya , diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh korang kekal langsing dan sihat . Jangan lupa , makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur - sayuran , buah - buahan dan air kosong sekurangnya 8 gelas sehari .

Sekadar gambar hiasan ;)

Soo , dah tau dah macam mana nak kekal cantik dan sihatkann ? Alhamdulillah , jadi amalkan nihh dalam kehidupan seharian dan inshaaAllah , korang bukan jee cantik dan sihat , tetapi juga korang dapat menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah , inshaaAllah . Hurmm , if anything story atau info yang fiqa ada , fiqa akan share kat sini kayy ? So , just wait for my new entry soon ! Assalamualaikum  :)

Monday 7 May 2012

Roses or Cactus ?


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl




Dah jadi trend sekarang nihh kalau bercinta mesti bagi roses or chocolate right ? Cube lahh tukar cite rasa sikit .. Cuba kasi korang punye buah hati pangeran jiwa tuhh kaktus ke hape ke ? Nihh tidak , asyik ros , ros dan ros . Fiqa rasa , confirm korang punya buah hati tuhh dah naik bosan plus jemu sebab asyik dapat benda yang sama je .. like i told you before , try lahh kasi kaktus ke something yang different yang orang jarang buat dan bagi .. baru shuwitt tau . But , janganlah salah faham , fiqa bukan maksudkan kaktus yang sebesar alam tuhh , yang comel jehh .. macam nihh ..


Comel kann ?  :)

Nihh cuma pendapat fiqa jelahh , suka hati nak ikut ke tidakk . Tapi , why not we give our special one a different present from the others couple ? Okayy lahh , nanti kalau fiqa ade idea atau ape-II , fiqa story dekat sini okayy , just wait for my new entry ! Assalamualaikum  :)

Edit - Mengedittt :)


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Cube jeling tajuk sikit .. haa , rasa-rasa  tau tak ape yang nak kite citer kali nihh ? Confirm lahh tau kann ! Lately nihh , dahh jadi macam pekerjaan tetap fiqa pulak nak mengedit bagai nihh .. sebenarnya edit-II nihh best , kalau ape yang kite dah edit tuhh jadi cantik ataupun final result tuhh luar dari anggapan kite . Sebenarnya , fiqa ada label fiqa sendiri , nama dia FiqaShafiqah | Photography. Okayy , fiqa akan sertakan gambar yang dah fiqa edit jugak , then korang ngomen tau ?  :P




Nak tengok lagii ? Tengok bawah :)




Okayy tak ? Komen tau ! Dahlahh tuhh , ngomel je dari tadi . Fiqa berhenti sampai sini dulu okayy , nanti if ade story lagi , fiqa share dengan korang okayy ! Assalamualaikum  :)