بسم الله الرحمن الرحيمThe name of Allah , Most Gracious , Most Merciful

Tuesday 25 December 2012

8 Amalan Murah Rezeki

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
 
 

Khaifa khaluka/khaluki ? Fiqa harap semoga semua stalker sihat harapnya :) Alhamdulillah kerana Allah masih berikan kita peluang untuk melihat dunia hari ini . Alhamdulillah , alhamdulillah . Semoga peluang yang diberikan hari ini dimanfaatkan dengan sebaiknya . Mari kita sama-sama menadah tangan memanjatkan seluruh kesyukuran kepada Yang Esa untuk peluang ini :') Okay , hari ni fiqa nak buat entry berkenaan " 8 Amalan Murah Rezeki " . Pasti semua orang inginkan kemurahan rezeki , betul tak ? Dan pastinya kita juga inginkan rezeki yang dicari halal dan diredhai oleh Allah swt bukan ? Jadi , mungkin anda semua boleh amalkan 8 amalan ini . InshaaAllah , Dia akan permudahkan jalan buat kita untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia akhirat . Antara amalannya adalah :


۞ Beribadah
- Rajinkanlah diri untuk sentiasa beribadah kepadaNya . Mohonlah hanya kepada Dia , tiada yang lain . Yakinlah bahawa Allah tidak akan dan tidak akan pernah mensia-siakan pengabdian diri hambaNya , sama seperti firmanNya dalam hadis qudsi :
" Wahai anak Adam , sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu . Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu ." ( HR Ahmad , Tirmizi , Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a )
۞ Banyakkan Beristighfar
- Banyakkanlah beristighfar sebagai mengakui dosa-dosa yang telah dilakukan . Apa itu istighfar ? Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Maha Pencipta . InshaaAllah , mana tahu kalau kita rajin beristighfar Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Allah berkenan untuk melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya , kan ? Sabda Rasulullah saw :


" Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya , menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka ." ( HR Ahmad , Abu Daud , an-Nasa'i , Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a )
-  Bukan sekadar boleh murah rezeki , dosa kita juga boleh diampunkan jika mengamalkan istighfar yang dekat atas tu .
Nabi saw bersabda , sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ  ' Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih ' , nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang ." (HR At Tirmizi , hadis no : 3577)


 
 ۞ Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa
- Dalam hadis riwayat Imam Ahmad , Rasulullah saw berpesan barang siapa inginkan kepanjangan umur dan ditambah rezekinya , hendaklah dia berbuat bakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan . Baginda saw juga bersabda :
" Siapa yang berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya ." ( HR Abu Ya'ala , at-Tabrani , al-Asybahani dan al-Hakim )
 
 - Dan ini adalah doa buat kedua orang tua kita :

 
 
۞ Tinggalkan perbuatan dosa
- Tahukah anda bahawa istighfar anda tak akan pernah laku di sisi Allah swt jika masih dan terus berbuat dosa . Dosa yang dilakukan itu bukan sahaja membuat hati resah gelisah tak tentu arah malah ia juga akan menutup segala pintu rezeki . Sabda Nabi saw :

" Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya ." ( HR at-Tarmizi )
۞ Tunaikan hajat orang lain
- Menunaikan hajat orang menjadi salah satu sebab Allah swt melapangkan rezeki seseorang itu dalam bentuk tertunainya hajat sendiri , seperti sabda Rasulullah saw :
" Siapa yang menunaikan hajat saudaranya , maka Allah akan menunaikan hajatnya ...." ( HR Muslim )
۞ Berpagi-pagi
- Menurut Rasulullah saw , berpagi-pagi adalah amalan yang berkat . Tapi apa itu berpagi-pagi fiqa ? Berpagi-pagi bererti memulakan segala aktiviti harian sebaik-baik selesainya solat Subuh . Ada faham ? ;)

۞ Menjalin silaturahim
- Rasulullah saw ada bersabda :
" Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya , maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya ." ( HR Bukhari )
 
 ۞ Amal kekal berwuduk
- Okay untuk ni ada kisah sikit . Pada suatu hari , ada seorang Arab desa datang menemui Rasulullah saw dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuklah mahu dimurahkan rezeki oleh Allah swt . Baginda saw bersabda :
 " Sentiasalah berada dalam keadaan bersih ( daripada hadas ) nescaya Allah swt akan memurahkan rezeki ." ( Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid )
 
 Maaflah yee entry fiqa kali ni agak panjang sikit . Hehe ;) Semoga apa yang fiqa kongsikan di sini mampu memberi manfaat kepada yang membaca . Jika niat kita ingin mencari rezeki yang halal dan diredhai di sisiNya , inshaaAllah Dia akan bantu . Jadikan amalan yang ada dekat atas sebagai salah satu jalan untuk mendapat kemurahan rezeki . Moga Allah redha atas usaha anda ! :') Fiqa minta diri dululah ye . Jumpa lagi di entry yang lain pula . Assalamualaikum , ma'as salamah :D *lambai tangan

No comments:

Post a Comment