بسم الله الرحمن الرحيمThe name of Allah , Most Gracious , Most Merciful

Thursday 19 December 2013

Ketahuilah bidadariku , sayang ❤


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Khaifa haluka/haluki ya akhi wa ukhti ? Ana assif jiddan sebab dah lama tak diusik blog ambo nim . Takpe kali ni dah ambo usik sikit , hehe . Entri kali ni adalah atas permintaan seorang adik yang fiqa kenal di Facebook . Jangan ditanya siapa dia , sebab fiqa akan diam kunci mulut takmau gitau kat siapa pun . Kenapa ? Sebab aib orang kita kena jaga leklok , jangan bagi bukak . Fahimtum ?  

Entri kali ni lebih kepada sajak yang berjela , harap awok semua sabar membaca ya ? Hehew :) So , let's begin the trip ! Biizdnillah :D
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Ketahuilah ibu ,
Anakmu ingin berubah ,
Ingin berhijrah ,
Dari gelita jahiliyyah ,
Ke sinar cahaya dakwah .

Sedarilah ibu ,
Aku perlukan sokong doamu ,
Yang membantu tika rebah ,
Menguatkan tika jerih dan payah .

Ibu ,
Anakmu ini terlalu dahaga ,
Mahukan air dari tiga telaga ,
Yang merupakan titis-titis dakwah ,
Tarbiyyah juga hidayah ,
Anugerah dari Yang Maha Gagah .

Maafkanlah aku duhai ibu ,
Andai datang saat aku melukakanmu ,
Menghancurkan segala impian dan mimpimu ,
Yang hanya kerana ,
Demi mengikut tiap telunjuk anganku .

Tetapi mengertilah ibu ,
Jalan yang aku pilih bukan untuk ujian ,
Bukan untuk disenda mainkan ,
Tetapi ia kerana ,
Aku yang menginginkan ,
Jua menjadi tunjang pilihan , 
Di dalam hakikat kehidupan ,
Yang penuh tipu helah syaitan .

Fahamilah ibu ,
Jalan yang aku pilih berdasarkan angan ,
Adalah suatu ujian ,
Bagi mendidik qalbi insan ,
Agar terus berada di tali Tuhan .

Selamilah hatiku ibu ,
Aku hanya sebiasa insan , 
Yang juga tertarik dengan keindahan ,
Berbalut tipu godaan , 
Yang cuba menarik aku ke medan kegelapan .

Tetapi ketahuilah ibu ,
Anakmu tidak mahu jahil lagi ,
Kerana itu aku berani ,
Memilih jalan ranjau dan duri ,
Demi hidayah ini !

Sokong aku duhai ibu ,
Agar aku tidak mudah kalah ,
Dengan tiap hadirnya mehnah ,
Sebagai suatu pengajaran terindah .

Dekat denganku ibu ,
Agar dapat kita bersama melangkah ,
Di laluan sinar dakwah ,
Dengan menikmati pemandangan tarbiyyah ,
Sambil bersimpuh di mahligai hidayah .

Ketahuilah ibu ,
Walau apa jua berlaku ,
Dirimu tetap bidadari syurgaku ,
Kerana aku menyayangimu ,
Ikhlas kerana Tuhanmu ,
Jua atas tiap pengorbananmu .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah , habis dah sajaknyaaa ! Yeayyy :D  #tepuktangan . Kepada adik yang akak sayang , assif kalau sajak akak ni tak seberapa mana . Tak seperti yang adik bayang . Satu je akak nak nasihat , tetap kuat dalam penghijrahan . Endahkan tohmahan kerana kita dan dia berbeza fahaman jua pemikiran . Ambil ia sebagai penguat nurani insan dan berdoa moga diberi hidayah oleh Tuhan :')

Kepada yang lain , syukran jazilan sebab sudi singgah . Lain kali jangan malu jangan segan mai lagi dekat sini naa , hehe . Ampun dipinta andai ada yang terasa dengan sajak ni , sesungguhnya diri ini tidak bermaksud berbuat sedemikian . Moga pengisian di sini bermanfaat buat kalian dan juga agama :) Hehe , kalau agak-agak tak faham buat-buat faham lah ya ? Takpun boleh tanya straight dekat fiqa tapi AKHAWAT sahaja ya , inshaaAllah ;) Fiqa minta izin undur diri dulu . InshaaAllah , jika diberi kepanjangan usia maka bertemulah kita di entri yang lain :) Maas salamah wa ilalliqa' . Assalamualaikum wrt wbt  #lambaitangan :D

Moga Allah redha ^_^ ❤

Saturday 31 August 2013

Warkah Cinta Dari Dinda ❤

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Kehadapan Kak Fiqa yang disayangi Lillahi Taa'la ,

Islam itu kedudukannya tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya . Tiada satu pun yang bisa menandinginya , dunia akhirat . Sungguh , betapa indahnya hidup dengan Islam . Membawa ketinggian dan kemuliaanya dengan penuh rasa bangga , dalam tiap langkah ke seluruh pelusuk dunia . Dari barat ke timur sekalipun utara ke selatan .

Bahagia terasa apabila hidup berteraskan Islam . Ajarannya agung , mencakupi tiap aspek kehidupan manusia di dunia . Terasa manis seperti madu malah lebih lagi apabila hidup berteraskan Islam . Seluruh ummatnya itu bersaudara . Ukhuwwah yang terikat cermat juga terasa indah apabila berkasih sayang antara kita kerana Dia , tiada yang lainnya .

Hidup ini bermakna apabila berlandaskan Islam . Juga kerana Islamlah , terbit rasa cinta dan sayang kepada kak Fiqa , sebagai seorang kakak dan saudara dunia serta akhirat . Islam inilah yang telah mengajar kita hidup dalam persaudaraan . Kak Fiqa berjaya mencuri ruang istimewa di hati ini biarpun tidak pernah bersua muka , hanya mendengar suara di telefon dari kejauhan sahaja . Ternyata , jiwa nuranimu penuh rindu pada kebenaran . Sayangku , Kau srikandi harapan !

 Bilakah kiranya bisa kita berhadapan bersua muka , saling melepas rindu yang bersarang di jiwa ?Andai mungkin , akan diri ini menanti pertemuan itu dengan penuh kerinduan . Juga mungkinkah diri ini akan menemui Kak Fiqa yang lebih istimewa daripada hari ini ? Lebih istimewa dengan ketinggian Islam yang dibawa , dihiasi pula dengan busana Muslimah yang menutupi aurat dengan penuh indah . Tentu indah dan jelita sekali menurut pandangan Yang Maha Esa . Andai keizinan Allah tidak menyebelahi kita untuk bertemu , tidak mengapalah . Tetapi , duhai mawar berduri yang disayangi ingatlah ...

Kita tidak pernah dipisahkan walau benua menjarakkan . Bertemunya kita pasti di negeri abadi . Kita akan saling mencari , seandainya dirimu jua diriku layak menjadi bidadari penyeri di Syurga Firdausi . Di situlah , kita akan bertemu dengan reda Ilahi .

Salam sayang kerana Allah ,
- Adik S.F -

Thursday 28 March 2013

ENGKAU PEMUDA UMI :')


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Alhamdulillah , masih diberikan nyawa hari ini . Thanks Allah ! :D Haifa haluka/haluki ya akhi wa ukhti ? Fiqa harap semuanya sihat belaka lah yee ;) Alhamdulillah , fiqa masih diberi kesempatan untuk update blog hari ni . Rasanya boleh tahan lama jugak lah kan fiqa tak update blog , betul tak ? Mesti korang rindu fiqa punya ! Hahaks :P Macam nak muntah je rasa kan ? Tau dahh . Sedih kay sedih :( Okay dah lah tu merajuk . Bukannya ada yang nak pujuk pun kan . Hari ni niat fiqa nak berpuitis walau tak berapa nak piutis sikit boleh ? Fiqa nak nukilkan sebuah sajak buat seorang sahabat fiqa . Nama dia Amin Syazwan bin Hasan . Jadi kalau rasa yang entry fiqa kali ni macam 'terpanjang' sikit ke , maaf lah yee ;) Haa apa tunggu lagi , jom mulakan ! :D
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam siaga menempuh imtihan ,
Yang kau rasa penting bagi citamu ,
Dalam tiada kau sangka ,
Allah mengutus sebuah ujian bagimu ,
Pingin ketahui ,
Apakah kau cukup kuat menempuhi ?
Adakah kau masih mapan berdiri ,
Atau sudah tersembam engkau ke bumi Ilahi ?


Ujian diutus buatmu ,
Melalui seseorang yang paling dikau kasihi ,
Yang paling teristimewa dihati ,
Iaitu melalui umi .


Terasa bagai semua berlaku ,
Hanya dengan sekelip mata ,
Engkau merasa ujian ditimpa bagai tiada belasnya ,
Sehingga tiada termampu engkau menelan rasa pahitnya .
Terasa sakit mencengkam nubari ,
Pabila diutus khabar buruk buatmu ,
Yang katanya umimu , umimu ,
Kehilangan memorinya ,
Siapa kamu , semua tentangmu ,
Tentang hidupnya , tiada ditahu .

Setelah diutus sebuah ujian bagimu ,
Diturunkan lagi ujian buatmu ,
Sehingga engkau merasa ,
Tiadanya henti ujian menimpa .
Dirimu hampir dibuang dari sekolah ,
Tempat dimana kau teroka segala macam perkara ,
Dari awal hingga akhirnya ,
Tetapi dirimu menempuh dengan penuh keredhaan serta keikhlasan .

Umimu kau jaga dengan penuh kasih ,
Dicurahkan perhatian sepenuh hati ,
Teliti kau urus serta menjaga ,
Tiada kau kisah apapun ragamnya ,
Dicuci najisnya tiada kau keluh ,
Dijaga bersihnya tiada kau lupa ,
Makan dan minumnya tiada kau resah ,
Walau dikala itu ,
Kau seorang pendamba ilmu .

Pabila kau berada di tingkatan lima ,
Imtihan yang penting sudah mahu bermula ,
Restu dan doa kau pinta dari umimu ,
Tapi tiada kata terucap melainkan satu ,
Mutiara jernih yang membasahi pipi ,
Menjadi tatapan dirimu ,
Tanda restu dan doa telah mengiringi langkahmu ,
Serta orakan yang wujud dalam jihadmu .

Sehingga ke detik ini ,
Engkau masih mengulangi tanpa ada jemu ,
Seperti sudah sebati dalam darahmu ,
Tentang kewajipanmu terhadap umimu .

Ujian kau tempuh bagai tiada apa ,
Walau pada awalnya kau rasa tiada terdaya ,
Namun ,
Kerna kau redha sehingga terbit ikhlas di sukma ,
Semua terasa manis di sepanjang masa .

Tiada ku dengar keluh-kesahmu ,
Tiada ku dengar akan sesalmu ,
Tiada ku tahu tentang resah gundahmu ,
Melainkan hanya satu yang aku fahami ,
Yang aku mengerti ,
Betapa redha dan ikhlasnya hati ,
Wahai pemuda umi .

Sungguh berat ujianmu akhi ,
Sehingga ia mencermin budi ,
Betapa mulianya hati seorang insani ,
Tidak mengapa , syurga menantimu ,
Redha Allah bersama kamu ,
Kerna taatmu pada umimu ,
Sehingga kau sanggup korbankan masa hadapanmu ,
Walau kau yakin cerah menantimu ,
Kerna bagimu umimu di carta satu .

Syukurlah , rezeki Allah tiada pernah sombong denganmu ,
Dibukanya jalan buatmu , dimudahkan segala cara bagimu ,
Kini ,
Langkahmu terus berorak , walau payah terasa .

Saham ukhrawi tiada pernah kau lupai ,
Usrah kau anjur bagi mengenal Ilahi ,
Sungguh mulianya hatimu insani ,
Moga membantumu di alam hakiki .

Punya seperkara pingin dibilangi ,
Bahawa diri ini cukup menyanjungi ,
Sungguh kagumnya diri ,
Pada dirimu wahai akhi ,
Tiadanya perlu untuk ku sembunyi lagi .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay , DONE ! :) Fiqa tahu sajak fiqa takdelah puitis mana pun , at least fiqa punya usaha untuk buat . Dan bagi saudara Amin , moga sajak yang tak berapa puitis ni menyenangkan hati . Mohon maaf lah yee jika sajak ini mungkin ada sebahagian yang tidak kena dengan realitinya . Maaf sekali lagi . Dan buat sekalian pembaca yang tak berapa nak baca sangat , al maklumlah kan panjang bebeno . TERIMA KASIH sekalung budi kerana sudi meluangkan masa untuk menyinggah sambil minum kopi di sini :D Lain kali , mai lah lagi naaaa ;) Fiqa minta izin untuk undur diri dulu yee . Kita jumpa di lain entry pula kay , Assalamualaikum wrt wbt :D