بسم الله الرحمن الرحيمThe name of Allah , Most Gracious , Most Merciful

Wednesday 30 May 2012

Rahsia Kekal Cantik dan Sihat Cara Islam


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Kali nihh , fiqa buat entry tentang kecantikan pulak . Mesti korang tau kann , kalau cantik jee mesti perempuan terutama sekali para gadis macam fiqa . Namun begitu , ternyata Islam nihh memang indah . Ada beberapa cara  yang boleh korang semua aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk kekal cantik dan sihat buat korang semua tanpa perlu korang keluar sesen punn , dan yang paling penting cara nihh masih mengikut cara Islam . Nak tauu ? meh lehh tinjau bawah sikitt  :)

  • Cuci wajah 5 kali sehari - agar wajah korang segar selalu , berseri - seri plus cantik menawan , cucilah wajah dengan air wuduk sekurang - kurangnya 5 kali sehari. Air wuduk tersebut jangan dilap , sebaliknya dibiarkan kering sendiri . Kemudian , ambil sejadah , tunaikan solat , berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat dan kesihatan diri .
  • Bersenam elakkan stress - untuk hilangkan stress dan tekanan yang melanda fikiran korang , korang boleh bersenam . Caranya dengan bersolat . Ketika korang bersolat , korang akan menggerakkan seluruh anggota tubuh . Dan , inilah sebaik - baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat Islam .
  • Rahsia bibir cantik - korang nak bibir yang cantik , mungil plus berseri takk ? Tak perlu oleskan lipstik ataupun lipgloss bagai tuhh , sebaliknya korang hanya perlu bisikkan kalimah - kalimah Allah s.w.t , tidak berbohong atau menyakiti orang lain , dan juga tidak sombong dan takabbur .
  • Dikenali dan disayangi - agar diri korang lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan , ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di kelas , di kuliah , di pejabat ataupun sebarang majlis . Selain memanjangkan ikatan silaturahim sesama Islam , korang juga dapat meluaskan persahabatan . Melalui cara nihh , korang akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang . Taknak kee ?
  • Tubuh langsing jadi idaman - korang mesti nak tubuh yang langsingkan ? Untuk mendapatkan tubuh langsing dan kulit yang licin , korang takk payah lahh nak ambil pil kurus atau pil diet bagai . Sebaliknya , diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh korang kekal langsing dan sihat . Jangan lupa , makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur - sayuran , buah - buahan dan air kosong sekurangnya 8 gelas sehari .

Sekadar gambar hiasan ;)

Soo , dah tau dah macam mana nak kekal cantik dan sihatkann ? Alhamdulillah , jadi amalkan nihh dalam kehidupan seharian dan inshaaAllah , korang bukan jee cantik dan sihat , tetapi juga korang dapat menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah , inshaaAllah . Hurmm , if anything story atau info yang fiqa ada , fiqa akan share kat sini kayy ? So , just wait for my new entry soon ! Assalamualaikum  :)

No comments:

Post a Comment