لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Khaifa haluka/haluki ya akhi wa ukhti ? Ana assif jiddan sebab dah lama tak diusik blog ambo nim . Takpe kali ni dah ambo usik sikit , hehe . Entri kali ni adalah atas permintaan seorang adik yang fiqa kenal di Facebook . Jangan ditanya siapa dia , sebab fiqa akan diam kunci mulut takmau gitau kat siapa pun . Kenapa ? Sebab aib orang kita kena jaga leklok , jangan bagi bukak . Fahimtum ?
Entri kali ni lebih kepada sajak yang berjela , harap awok semua sabar membaca ya ? Hehew :) So , let's begin the trip ! Biizdnillah :D
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketahuilah ibu ,
Anakmu ingin berubah ,
Ingin berhijrah ,
Dari gelita jahiliyyah ,
Ke sinar cahaya dakwah .
Sedarilah ibu ,
Aku perlukan sokong doamu ,
Yang membantu tika rebah ,
Menguatkan tika jerih dan payah .
Ibu ,
Anakmu ini terlalu dahaga ,
Mahukan air dari tiga telaga ,
Yang merupakan titis-titis dakwah ,
Tarbiyyah juga hidayah ,
Anugerah dari Yang Maha Gagah .
Maafkanlah aku duhai ibu ,
Andai datang saat aku melukakanmu ,
Menghancurkan segala impian dan mimpimu ,
Yang hanya kerana ,
Demi mengikut tiap telunjuk anganku .
Tetapi mengertilah ibu ,
Jalan yang aku pilih bukan untuk ujian ,
Bukan untuk disenda mainkan ,
Tetapi ia kerana ,
Aku yang menginginkan ,
Jua menjadi tunjang pilihan ,
Di dalam hakikat kehidupan ,
Yang penuh tipu helah syaitan .
Fahamilah ibu ,
Jalan yang aku pilih berdasarkan angan ,
Adalah suatu ujian ,
Bagi mendidik qalbi insan ,
Agar terus berada di tali Tuhan .
Selamilah hatiku ibu ,
Aku hanya sebiasa insan ,
Yang juga tertarik dengan keindahan ,
Berbalut tipu godaan ,
Yang cuba menarik aku ke medan kegelapan .
Tetapi ketahuilah ibu ,
Anakmu tidak mahu jahil lagi ,
Kerana itu aku berani ,
Memilih jalan ranjau dan duri ,
Demi hidayah ini !
Sokong aku duhai ibu ,
Agar aku tidak mudah kalah ,
Dengan tiap hadirnya mehnah ,
Sebagai suatu pengajaran terindah .
Dekat denganku ibu ,
Agar dapat kita bersama melangkah ,
Di laluan sinar dakwah ,
Dengan menikmati pemandangan tarbiyyah ,
Sambil bersimpuh di mahligai hidayah .
Ketahuilah ibu ,
Walau apa jua berlaku ,
Dirimu tetap bidadari syurgaku ,
Kerana aku menyayangimu ,
Ikhlas kerana Tuhanmu ,
Jua atas tiap pengorbananmu .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah , habis dah sajaknyaaa ! Yeayyy :D #tepuktangan . Kepada adik yang akak sayang , assif kalau sajak akak ni tak seberapa mana . Tak seperti yang adik bayang . Satu je akak nak nasihat , tetap kuat dalam penghijrahan . Endahkan tohmahan kerana kita dan dia berbeza fahaman jua pemikiran . Ambil ia sebagai penguat nurani insan dan berdoa moga diberi hidayah oleh Tuhan :')
Kepada yang lain , syukran jazilan sebab sudi singgah . Lain kali jangan malu jangan segan mai lagi dekat sini naa , hehe . Ampun dipinta andai ada yang terasa dengan sajak ni , sesungguhnya diri ini tidak bermaksud berbuat sedemikian . Moga pengisian di sini bermanfaat buat kalian dan juga agama :) Hehe , kalau agak-agak tak faham buat-buat faham lah ya ? Takpun boleh tanya straight dekat fiqa tapi AKHAWAT sahaja ya , inshaaAllah ;) Fiqa minta izin undur diri dulu . InshaaAllah , jika diberi kepanjangan usia maka bertemulah kita di entri yang lain :) Maas salamah wa ilalliqa' . Assalamualaikum wrt wbt #lambaitangan :D
Moga Allah redha ^_^ ❤